38-Kesilapan-Umum-Di-Sekitar-Solat by Publish by HaR - HTML preview

PLEASE NOTE: This is an HTML preview only and some elements such as links or page numbers may be incorrect.
Download the book in PDF, ePub, Kindle for a complete version.

CONTOH SOLAT YANG BENAR

(BERDASARKAN HADIS-HADIS RASULULLAH SAW –

SEBAGAIMANA DI ATAS):

1. Berwudhuk dengan sempurna tanpa membazir air. Jangan lupa baca do’a sesudah berwudhuk.

2. Pastikan pakaian bersih, tidak bergambar dan menutup aurat. Perhatikan ‘isbal’ yakni pakaian bagi lelaki tidak boleh menutupi mata kaki. Hal ini dilarang keras oleh Allah dan RasulNya. Manakala bagi perempuan pula hendaklah melabuhkan pakaiannya sehingga menutupi mata kaki.

3. Niat dalam hati. Jangan dilafazkan. Rasulullah SAW tidak pernah melafazkan niat. Manakala Imam Shafi’e pula melarang hal yang sama. Sebelum angkat tabiratul ihram, pastikan sejadah atau tempat sujud tidak bergambar. Ini kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan solat. Tenangkan diri sebelum takbiratul ihram.

4. Angkat takbir. img36.png Tapak tangan setentang dengan bahu atau anak telinga. Tapak tangan hendaklah mengadap arah kiblat. Jari jemari jangan terlalu rapat dan jangan pula terlalu direnggangkan.

5. Tangan hendaklah diletakkan di dada atau di perut tetapi jangan di bawah pusat. Tangan kanan hendaklah di atas tangan kiri.

6. Selepas angkat takbir, tangan sudah diletakkan di dada, ambil nafas dulu (dapatkan ketenangan) sebelum membaca do’a iftitah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan do’a iftitah di setiap solat baginda. Dapatkan ketenangan dahulu sebelum membaca do’a iftitah. Bacalah do’a iftitah dengan tartil dan jangan membacanya dengan kelam kabut.

7. Sesudah membaca do’a iftitah, ambil nafas dulu (dapatkan ketenangan), sebelum membaca Fatihah. Bacalah Fatihah dengan tartil (fahami maksud setiap ayat-ayat Fatihah). Sesudah membaca Fatihah, ambil nafas dulu (dapatkan ketenangan), sebelum mula membaca surah pilihan. Bacalah dengan tartil dan cuba fahami setiap makna yang dibaca. Ini akan membuat solat kita penuh dengan kekhusyukan apabila kita dapat memahami setiap makna bacaan solat kita.

8. Sesudah selesai membaca surah pilihan, cuba tenangkan diri terlebih dahulu sebelum bergerak ke rukuk. Angkat takbir…..Allahu Akbar, terus bergerak ke rukuk. Dapatkan ketenangan terlebih dahulu dengan mengambil nafas sebentar (sekadar bacaan Subhanallah), pastikan kita benar-benar berada di posisi rukuk, barulah kita baca zikir rukuknya. Bacalah img37.png  sekurang-kurangnya 3 kali dengan tenang. Jangan baca secara kelam kabut. Ambil nafas dulu sebelum bangkit i’tidal.

9. img38.png bangkit berdiri tegak. Sebelum baca  img39.pngdapatkan ketenangan terlebih dahulu (ambil nafas). Jangan langsung hendak menerkam sujud.

Bacalah img40.png  dengan tenang. Sesudah baca, ambil nafas dahulu, barulah bergerak ke rukun sujud. Sujudlah dengan benar, dahi dan hidung wajib menyentuh sejadah (tempat sujud), keadaan kaki dirapatkan dan jari-jemari kaki mengadap kiblat. Kedudukan tangan setentang dengan bahu atau anak telinga. Siku hendaklah diangkat dan jauhkan dari perut, jangan menempel di perut. Pastikan terlebih dahulu posisi sujud kita benar, dan ketenangan sujud sudah kita perolehi, 60 barulah kita baca zikir sujudnya sekurang-kurangnya 3 kali. Jangan baca secara gopoh-gapah. Fahami makna bacaan sujudnya. img41.png Bangkit untuk duduk antara dua sujud.

10. Tenang dulu. Jangan langsung baca zikirnya. Ambil nafasnya terlebih dahulu. Pastikan cara duduk antara dua sujud, benar-benar berada di posisi yang tepat. Punggung duduk di atas kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan. Manakala jari-jemari kaki kanan mengadap ke arah kiblat. Barulah kita baca zikirnya img42.png dengan tartil sekurang-kurangnya 3 kali sambil menyelami makna zikirnya. Ambil nafas terlebih dahulu sebelum bergerak ke sujud selanjutnya.

11. Sujudlah dengan benar, dahi dan hidung wajib menyentuh sejadah (tempat sujud), keadaan kaki dirapatkan dan jari-jemari kaki mengadap kiblat. Kedudukan tangan setentang dengan bahu atau anak telinga. Siku hendaklah diangkat dan dijauhkan dari perut, jangan menempel di perut. Pastikan terlebih dahulu posisi sujud kita benar, dan ketenangan sujud sudah kita perolehi, barulah kita baca zikir sujudnya sekurang-kurangnya 3 kali. Jangan kelam kabut. Fahami makna bacaan sujudnya. Di waktu sujud ini, hendaklah kita banyak berdo’a, kerana do’a kita di waktu sujud didengar dan dikabulkan oleh Allah Ta’ala. Kalau kita tahu betapa mustajabnya do’a di waktu sujud, pasti kita tidak akan meninggalkannya di setiap kesempatan sujud.

12. Sebelum bangkit ke rakaat berikutnya, hendaklah kita tidak terus bangkit. Kita dikehendaki duduk istirehat sebentar (sekadar beberapa saat) sebelum bangkit.

13. Ulangilah cara solat yang sedemikian sehinggalah ke rukun tahyat. Cara duduk rukun tahyat awal sama sebagaimana duduk antara dua sujud. Cuma duduk tahyat akhir agak berbeza. Kaki kiri dilunjurkan di bawah kaki kanan. Punggung duduk di lantai, kaki kanan tetap ditegakkan dengan jari-jemarinya di arahkan ke kiblat. Tangan kiri di atas peha kiri dan tangan kanan dikepalkan di atas peha kanan dengan jari telunjuk di arah ke kiblat. Bacalah bacaan tahyatnya dengan tartil. Jangan sekali-kali baca secara kelam-kabut.

14. Begitulah sekadar contoh cara solat yang penuh dengan ketenangan. Tidak kelam kabut atau gopoh-gapah sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. “…… …solatlah dengan tenang. Solatlah dengan tenang. Solatlah dengan tenang.” Sehingga Rasulullah SAW mengulangi kenyataan tersebut sebanyak 3 kali.

You may also like...

  • Los Reyes del Cypher
    Los Reyes del Cypher International by Andy Torres
    Los Reyes del Cypher
    Los Reyes del Cypher

    Reads:
    5

    Pages:
    76

    Published:
    Nov 2024

    Un grupo de estudiantes de diferentes nacionalidades y orígenes se encuentran en un viaje inesperado hacia la amistad, el autodescubrimiento y el poder transf...

    Formats: PDF, Epub, Kindle, TXT

  • Chronologie der Neuen Weltordnung
    Chronologie der Neuen Weltordnung International by ELI YAH
    Chronologie der Neuen Weltordnung
    Chronologie der Neuen Weltordnung

    Reads:
    0

    Pages:
    136

    Published:
    Nov 2024

    Seit Anbeginn der Zeit ist GOTT (YHVH) ) dabei, für SICH ein eigenes Volk zu schaffen, eine heilige Nation, die von oben geboren wurde (Offb 1,6; 1Petr 2,9-10...

    Formats: PDF, Epub, Kindle, TXT

  • Das Mamilch-Mysterium: Himmel- und Höllenfahrt in der Schweiz?
    Das Mamilch-Mysterium: Himmel- und Höllenfahrt in der Schweiz? International by Michael Gauger
    Das Mamilch-Mysterium: Himmel- und Höllenfahrt in der Schweiz?
    Das Mamilch-Mysterium: Himmel- und Höllenfahrt in der Schweiz?

    Reads:
    0

    Pages:
    21

    Published:
    Nov 2024

    Gemäss dem apokryphen Nicodemus-Evangelium (alias "Pilatus-Akten") soll die Himmelfahrt Jesu Christi sich am "Berg Mamilch" ereignet haben. Dieser wird allerd...

    Formats: PDF, Epub, Kindle, TXT

  • Я больше не одинока
    Я больше не одинока International by Майана Оуэнн
    Я больше не одинока
    Я больше не одинока

    Reads:
    2

    Pages:
    45

    Published:
    Oct 2024

    У маленькой Тори уже в пять лет началась череда бед. Эти несчастья, шедшие одни за другими, преследовали и семью девочки ещё до её рождения. Кажется, что будт...

    Formats: PDF, Epub, Kindle, TXT