Ditulis & disusun Oleh:
“Maka datanglah sesudah mereka,
pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan
dan memperturutkan hawa nafsu,
maka kelak mereka akan menemui kesesatan”
(Surah Maryam: Ayat 59)
“Akan datang satu masa atas manusia,
di mana mereka mengerjakan solat,
solat”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dalam rangka menyusun naskah ini, saya berpegang teguh kepada sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang dinyatakan berikut, dengan niat dan tujuan yang satu iaitu untuk kembali ke jalan : “golongan yang mengikuti aku ada padanya hari ini dan yang mengikuti para sahabatku” serta …..” hati-hatilah terhadap setiap perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat adalah tempatnya di dalam neraka”.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash Radhiyallahu Anhu:
“Dan sesungguhnya Bani Israil telah berpecah menjadi 72 golongan dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semua mereka akan masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat. Para sahabat bertanya : “Siapakah mereka yang selamat itu ya Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab: yaitu golongan yang mengikuti aku, ada padanya hari ini dan yang mengikuti para sahabatku.”
Hadis ini diriwayatkan secara lengkap oleh Imam Tirmidzi, diterangkan pula oleh Imam Hakim dalam juz yang pertama, Ibnu Wadhoh, Imam Al-Azurri dalam kitabnya As Syari’ah, Ibnu Nasr Al-Marwaji dalam kitabnya As Sunnah Al Laalikai, Abdul Qahir Al Baghdadi dalam kitabnya Al Faruq bainal Firaq. Hadis ini dikatakan oleh Imam Tirmidzi sebagai hassan gharib.
“Aku wasiatkan padamu agar engkau bertaqwa kepada Allah, patuh dan ta’at, sekalipun yang memerintahmu seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup (lama) di antara kamu, tentu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Kerana itu, berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa’ ur Rasyidin yang (mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia sekuat-kuatnya. Dan hati-hatilah terhadap setiap perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah. Setiap bid’ah adalah sesat (dan setiap yang sesat itu adalah tempatnya di dalam neraka).” (Hadis riwayat Imam An Nasa’i dan Imam Tirmidzi). Ia berkata hadis ini hasan sahih.
Semoga naskah ini menjadi panduan berguna untuk kita semua serta mendapat keredhaan dan keberkatan Allah Ta’ala jua.