38-Kesilapan-Umum-Di-Sekitar-Solat by Publish by HaR - HTML preview

PLEASE NOTE: This is an HTML preview only and some elements such as links or page numbers may be incorrect.
Download the book in PDF, ePub, Kindle for a complete version.

Ruslan Mamat

No. 14, Jalan Damai Indah 5, Taman Damai Indah,

Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

Tel: +60163063225

E-mail: ruslanmamat@yahoo.com

 ruslanmamat@gmail.com

img3.png

Marilah kita perhatikan tiga buah hadis di bawah ini:

1. Sabda Rasulullah SAW: “Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”  (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad)

2. Dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu, bahawa dia melihat seorang lelaki solat yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya. Setelah lelaki itu selesai solat, Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu, berkata kepadanya: “Sebetulnya engkau tidak solat. Kalau engkau mati (dengan mengerjakan solat yang sedemikian rupa), maka engkau  mati bukan di dalam agama Muhammad SAW.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)

3. Dari Abdullah Ibn Qurath Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya  sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka  buruklah amalan-amalannya yang lain.” (Hadis riwayat Imam Thabrani)

Hadis Pertama: “Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”. Macam mana kita hendak melihat cara Rasulullah SAW solat? Caranya ialah dengan berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW yang sememangnya wajib kita ambil tahu. Kita ini namanya beragama Islam, akan tetapi kitab hadispun kita tidak pernah tengok, apatah lagi kita hendak memilikinya atau simpan di rumah untuk dijadikan rujukan. Na’uzubillah………Sebab itulah cara solat kita jauh menyimpang daripada tunjuk ajar Rasulullah SAW yang sebenarnya.

Maka dengan itu, termasuklah kita ke dalam golongan “Sebetulnya engkau tidak solat. Kalau engkau mati (dengan mengerjakan solat yang sedemikian rupa), maka engkau mati  bukan di dalam agama Muhammad SAW.” Sebagaimana yang dimaksudkan dengan hadis yang kedua, golongan ini memang ramai di kalangan kita. Solat tanpa memerhatikan “thuma’ninah”. Solat hendak cepat selesai. Solat ekspres! Malah ramai di kalangan imam jemaah pun tidak memerhatikan “thuma’ninah” ini.

Maka dengan itu, buruklah segala amalan kita. “Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh  amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”  Na’uzubillah……………… Ini kerana kita mengerjakan solat tanpa adanya ilmu yang sewajarnya.