|
Misteri Tentang Melayu
Diterbitkan oleh:
AFIAT MINDA ENTERPRISE
383 Mukim 5 Penanti
14400 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Penyunting:
Aqil Ithnin
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana artikel, ilustrasi, foto dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara jua samaada secara eletronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau apa cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit AFIAT MINDA ENTERPRISE
Kandungan
Prakata
1.0 Pendahuluan
2.0 Misteri Melayu – Bangsa dan Bahasa
3.0 Penduduk NUSANTARA dari luar Galaksi BIMASAKTI
4.0 Misteri Lemuria dan Atlantis
5.0 Misteri Peradaban Nusantara yang tak terjawab
6.0 Misteri Pemeluk Islam Pertama di Nusantara
7.0 Misteri Persenjataan Melayu
8.0 Misteri Piramid Melayu
9.0 Misteri Gen Bangsa Melayu
Prakata
Buku adalah hasil pencarian dan penyelidikan sekian lama bagi mengumpul dan menjilid isu, maklumat dan tesis mengenai Bangsa Melayu khasnya dirantau Nusantara. Adalah diakui bahawa tanpa kerja awal dan penat lelah rakan-rakan yang sama kepercayaan tentang apa yang tersirat dan tersurat dari tamadun Melayu tidak mungkin buku ini dapat dihasilkan.
Sebagai penyunting saya berhasrat untuk memberikan kepada pembaca rentetan dan susun galur yang boleh dijadikan bahan kajian lanjut kalau pun bukan sandaran kepada hujah dan bukti kepada asal usul, peranan dan sumbangan bangsa Melayu kepada tamadun dunia terutamanya di Nusantara apatah lagi dibumi yang sekian lama dinamakan Tanah Melayu.
Setiap bab diakhiri dengan sumber dan rujukan yang diguna pakai untuk menjilid kandungan bab tersebut. Pembaca dipersilakan meneruskan kajian dan semakan mereka sendiri agar kebenaran yang dicari dapat ditemui. Penyunting merasa lega kerana sekurang-kurangnya cerita-cerita yang selama ini dianggap mitos dan khayalan boleh juga dibukukan untuk dijadikan bahan rujuk. Percaya atau tidak pembaca kepada hidangan maklumat dalam buku ini bukanlah matlamat utama buku ini. Tujuan khasnya ialah untuk memberi asas kepada kajian dan diskusi yang lebih mantap dan berisi.
Buku ini diharap dapat menghilangkan dahaga sipencari, peminat sejarah dan orang awam yang gemar kepada misteri-misteri berkenaan orang Melayu.
Penyunting,
Aqil Ithnin
September 2013
1.0 Pendahuluan
Bangsa Melayu adalah salah satu bangsa tertua didunia namun hakikat ini tidak ramai yang tahu atau mahu tahu. Malah ada pihak yang kerana kepentingan politik sanggup menafikan bahawa Melayu itu satu bangsa. Bahkan mereka ini sanggup mengatakan bahawa Melayu hanyalah kumpulan manusia yang bercampur dari pelbagai bangsa lain.
Andaikata tohmahan ini dibiarkan maka anak cucu kita mungkin mempercayai bahawa Melayu bukanlah bangsa yang disegani bahkan Melayu adalah bangsa yang lemah dan hina. Kesilapan dalam tanggapan inilah yang membuat anak muda Melayu sekarang hilang arah dan panduan hingga terjebak mereka dalam aktiviti tidak sihat seperti penagihan dadah, seks bebas, arak, judi, merempit, jenayah dan mungkin juga murtad. Apabila seseorang itu hilang harga diri dan pegangan hidup maka mudahlah dia dipengaruhi pelbagai jenis godaan dan pujuk rayu.
Buku ini berhasrat untuk mendedah dan menyampaikan beberapa misteri tentang bangsa Melayu yang jika diamati maka terserlah betapa tinggi dan agungnya peradaban dan tamadun Melayu dalam lipatan sejarah dunia. Kelebihan dan kebaikan boleh diperolehi oleh sesiapa saja dari Bangsa Melayu melalui maklumat yang ada didalam buku ini. Bahkan jika kesedaran dapat disampaikan kepada anak Melayu tentang bangsanya, harus kita akan dapat generasi muda yang mampu mendapatkan semual kegemilangan masa dulu.
2.0 Misteri Melayu - Bangsa dan Bahasa
Melayu merupakan bangsa dan bahasa yang berpusat di Nusantara. Malaysia, Indonesia dan Brunei merupakan negara yang didiami oleh bangsa Melayu. Di negara-negara ini juga, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Bangsa dan bahasa Melayu telah dikaji oleh para sarjana sama ada cendekiawan Nusantara atau dari luar. Pelbagai kajian telah dibuat dan pelbagai perkara menarik dan misteri telah ditimbulkan. Marilah kita meneliti satu demi satu persoalan dan tanda tanya yang timbul daripada penyelidikan yang dibuat terhadap bangsa dan bahasa Melayu.
Bangsa Melayu merupakan penduduk asal Nusantara. Nusantara merupakan tanah tumpah dan pusat ketamadunan bangsa Melayu. Antara ciri-ciri ketamadunan yang ada dan diwarisi ialah bentuk tulisan yang digunakan untuk mencatat pengetahuan dan peristiwa sepanjang zaman. Tulisan yang digunakan dalam bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Antara tulisan yang mula-mula dipakai ialah tulisan Rencong, Pallava dan Kawi.
Huruf Rencong ialah aksara Melayu yang banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau. Huruf ini kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia. Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba menyerupai huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut ada kaitan dengan huruf-huruf orang-orang Kambojas pada zaman purba. Orang-orang Melayu menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat). Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur (Bangka Barat).
Misteri bermula apabila J. Park Harrison mendedahkan pada tahun 1896 tentang
pengaruh Phoenicia (Semitik) terhadap kebudayaan Sumatera
termasuklah tulisan Rencong. Cendekiawan Semetik, M. Renan dan Neubauer yang
mengkaji huruf-huruf Rencong telah mengesahkan bahawa aksara itu ialah huruf
Phonecian. Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Oxford,
Archaeologia Oxoniensis pada tahun 1896 mendedahkan bahawa tulisan Rencong
terhasil daripada hubungan secara langsung dengan orang Phonecian. M.A Jaspen,
ahli antropologi dari Universiti Nasional Australia yang membuat kajian pada tahun
1961 juga mengesahkan bahawa aksara Rejang diubah suai daripada huruf-huruf
Phonecian.
Phoenicia ialah bahasa yang dituturkan dikawasan persisiran kemudian dipanggil Put dalam Mesir purba, Canaan dalam Phoenicia, Ibrani dan Aramia dan Phoenicia dalam Greek dan Latin. Phoenicia adalah bahasa Semitik dari sub kumpulan Canaan, dekat berhubungan dengan Ibrani dan Aramia.
Kawasan ini termasuklah Lubnan masa kini, pesisiran Syria dan utara Israel. Penuturnya memanggil bahasa mereka sendiri (dabarīm) Pōnnīm/Kana'nīm "(penuturan) Punik/Canaan". Bagaimana Nusantara mempunyai hubungan dengan orang Phonecia masih lagi menjadi tanda tanya. Berdasarkan peta lingkungan pengaruh bahasa Melayu yang menjangkau sehingga Madagaskar, tidak mustahil bahawa orang Melayu sudah mempunyai hubungan dengan Mesir Purba yang menjadi sumber kewujudan aksara Rencong di Sumatera.
Ukiran tulisan yang terdapat pada kupang emas diukir dalam bahasa Pasai yang dikenali sebagai Kunlu, iaitu bahasa tulisan yang digunakan sebelum bahasa Sanskrit. Sejarah awal kupang emas ‘kunlu’ dikesan pada zaman awal kemunculan Melayu di daerah Pasang Utara, Sumatera. Semasa awal terdirinya kerajaan Melaka, pemerintah Sultan Iskandar tidak mempunyai mata wang sendiri. Maka baginda menggunakan mata wang saudaranya tuanya kerajaan Pasai dalam urusan Perdangan harian di Melaka.
|
Dinar Emas Pasai Bertulisan Kunlu |
Jika telah wujud bahasa kunlu, maka bahasa kunlu tu bahasa apa? Adakah ia
bahasa Melayu yang telah di jenamakan
semula setelah Melayu mendominasi Alam Melayu ini? Memang kita tahu, bahawa
kita adalah orang gunung (kunlun). Jadi peringkat awal tamadun kita dikenali
sebagai bangsa kunlun. Maka bahasa kita
dikenali sebagai bahasa kunlu.
Ini bermakna, kita telah ada sistem tulisan sebelum rencong dan sanskrit! Iaitu tulisan KUNLU (tulisan seperti aksara
arab). Rujuk tulisan kupang emas di atas.
Jadi dimanakah tulisan itu sekarang? Jika ahli sejarah telah tahu
tentang wujudnya tulisan ini, terutama di Pasai, kenapa tiada kajian
menyeluruh. Perkara ini penting untuk
menterjemahkan keintelektualan bangsa Melayu sebelum bangsa Melayu mahir dengan
Bahasa Sanskrit dan sistem tulisannya. Sanskrit bukanlah rekayasa asal bangsa
kita. Asalnya dari benua Hindi, datang bersama agama Hindu-Budha. Kita adalah
bangsa Kunlun, tapi sehingga kita diberitahu bahawa kita mempunyai sistem
tulisan iaitu Rencong, kemudian Kawi, kemudian Palava, kemudian Sanskrit,
kemudian Jawi, Kemudian Rumi. Jadi apa yang sebelum Rencong? Jika kupang emas
di atas dikemukakan sebagai bukti, bagaimana dengan warisan yang lain? Di mana
warisan sistem tulisan Kunlu kita? Warisan keintelektualan Bangsa Melayu.
Sumber rujukan :
1. Wikipedia
3. Majalah Budaya terbitan DBP.
4. http://sukaatiaku.blogspot.com/2013/04/tulisan-kunlu-tulisan-melayu.html
Bottom of Form
3.0 Penduduk NUSANTARA Dari Luar Galaksi BIMASAKTI ?
Ketika ALLAH, melalui Al-Quran mengisyaratkan kepada manusia dan jin untuk cuba menembus langit dan bumi. Banyak orang percaya, cabaran ini telah berhasil dijawab oleh bangsa Jin, bahkan menurut mereka Fenomena UFO yang terlihat belakangan ini, berasal dari penampakan makhluk ghaib ini.
Bagaimana dengan manusia ? Benarkah umat manusia, hanya mampu sampai ke Bulan dan itupun cuma sebentar ? Se-primitif itukah teknologi, yang dimiliki Manusia, keturunan Nabi Adam ?
Hai jama‘ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.” (QS. Ar-Rahman (55) ayat 33)
Manusia telah menjelajah angkasa, ribuan tahun yang silam. Berdasarkan Penemuan Arkeologis, diperoleh informasi teknologi manusia sekarang, sangat jauh tertinggal dari teknologi di masa lalu. Sebagaimana terlihat pada gambar berikut…
Peche Merle Cave, France, paintings, 17.000-15.000 SM
Pada lukisan di atas, yang berasal dari masa ribuan tahun yang silam, dapat kita lihat bahawa umat manusia telah mengenal teknologi antariksa. Nampaknya, umat manusia mengalami kemunduran teknologi disebabkan oleh kehancuran peradaban akibat dari peperangan dan bencana alam.
Ketika ALLAH menciptakan Nabi Adam, ALLAH mengajarkan kepadanya semua nama-nama (ilmu pengetahuan universal), yang bahkan tidak difahami oleh Para Malaikat sekalipun. Dan saat pengetahuan itu diuji, leluhur seluruh umat manusia ini telah membuat para malaikat kagun dan pada akhirnya Allah memerintah mereka untuk sujud kepada Adam.
Dengan pengetahuan yang sedemikian tinggi yang dimiliki oleh Nabi Adam, logikanya kalau hanya sekadar membuat sebuah pesawat antara galaksi, rasanya bukan sesuatu yang sulit bagi beliau. Dan pengetahuan antariksa ini, tentunya diwarisi juga oleh generasi-generasi awal umat manusia.
Atas dasar pemahaman inilah, ada orang yang menyimpulkan pada masa ribuan tahun yang silam, umat manusia bukan saja membangun peradaban di bumi